Pages

Saturday 26 October 2013

Game Online

Hari ni gua nk cite hobi gua bile bosan².. xde benda nk buat.. Benda² nila yang gua layan kat rumah



DRAGONICA ONLINE




SUPER DANCE ONLINE (SDO X)




RAGNAROK VALKYRIE UPRISING
(Android/iOS)



Sebenarnya ada banyak lagi game online yang gua main. cuma ni Best 3 of my peberet. Apa games peberet korang bile korang bosan?

Friday 25 October 2013

GAME ON !!




Assalamualaikumm.. Hrini gua nak cite pasal pengalaman gua mase kat Poli dulu. Gua dulu study kat Politeknik Banting Selangor amek kos Diploma Kejuruteraan Elektrik. Eh kejap².. Poli Banting? kat negara mane tu bro? tak pernah dengar pon.. Itulah soalan yang kerap ditanya bila gua pergi mana² event kat poli lain. Sedih siottt.. Okla disebabkan ramai yang tak tahu kat mane Poli Banting tu.. meh sini gua story sikit..

Politeknik Banting Selangor dibuka pada awal tahun 2008 yang mana pada waktu tu Poli gua menumpang bangunan di Kolej Komuniti Kuala langat. Pada waktu tu hanya satu kos sahaja yang ditawarkan iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik. Student pon tak ramai.. Dalam 20 pelajar senior dan 40 pelajar junior (termasuk gua la tu) Lecturer pon ada dalam 6 orang.

Pada tahun 2009 Poli gua pindah ke Bandar Sungai Emas, Banting. Kat situ pulak poli kitorang sewa bangunan kedai. Saaaaaaaaampailah gua tamat study kat situ. Sedih tak dapat rasa bangunan baru yang sekarang bertapak bersebelahan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat. Pon kat Banting jugak. Kalau korang nak tau lebih detail lagi kat mana Poli Banting tu korang Google sendiri ok? Gua malas nak taip panjang. bukan korang bace pon..

Sebenarnya gua bukan nak cite pasal Poli. Gua nak cite pengalaman masa gua join 1 team bolacat (Paintball) mase gua study kat poli dulu. Citenye cenggini.. gua dengan teammate paintball mencube nasib untuk join satu tournement BESAR, Malaysian National Paintball League. Gua tak main la game² dalam kampung ni.. Sebelum ni banyak gak tournement kampung kitorang join. Sampai dah naik bosan dengan gelaran "Jaguh Kampung".. So, ape salahnye kitorang try luck untuk join tournement ni kan? Manela tau kot² sangkut gelaran "Jaguh Bandar" pulak? kehkeh poyo je


Team Banting Polytechnic
Dari kiri: Apex, Blanka, Gua & Macha
(Bangla kat belakang tu bukan teammate kitorang)



Dipendekkan cite..

Bila name team dipanggil..
kaki melangkah dengan penuh debaran
...
Ready for the 10second Warning!
...
Bile aku dengar je comand kat atas ni, 
fuhh.. macam nak gugur jantung ni. 
Lutut pulak jangan cite la.. dah mule vibrate tak henti²
Dah tak tepikir nak terkencing ke, tervara ke.. ahh! sume tolak tepi.


FIRST DAY

Sume sekali ade 8 game. 1st dengan 2nd game kitorang menang. Bukan nak kate ape la.. Team dah power nak wat camane kan? kahkah.. maaf terpoyo lg.. Oleh sebab team aku terlalu power, Game yang ke-3 dengan ke-4 kitorang kalah beturut² ! CENDOL beb.. masetu gua dah down giler. Tu la.. over konfiden sangat! tapi takpe.. ade 4 game lagi.. Jarak mase antara 1 game dengan game seterusnya memang kejap gile. 10minit je kot? bukan cakap nak pegi kencing, nak bukak zip seluar pon tak sempat. Nak taknak kena la tunggu sampai habis game nanti. Memang gile la main 8 game straight tanpa rehat. perghh~ sumpah penat !

Bila dah habis kesemua 8 game, bolehla gua pegi jamban dengan aman. Overall, peringkat kelayakan ni kitorang menang 4 game, kalah pon 4 game. Dipendekkan cite lagi.. tengok dalam jadual team kitorang ranking no-11 dan layak ke Quaterfinal pertama ! Yabedabeduuuu ! 



SECOND DAY (PENENTUAN)


Hari yang ditunggu² kini tiba.. Sedikit mengecewakan, gua selaku STAR dalam team ni tepakse jadi player simpanan. Jadi penonton je la jawabnye. Tapi takpe, gua trust dengan teammate gua. Team yang kitorang bakal lawan ni la team yang kitorang jadi CENDOL mase game yang ke-7. Name team diorang Spartan Legion. Perghh ! aku memang tabik la care diorang main. laju gile ! memang tak heran la kalau team diorang ni top 3 rangking malaysia utk division 4.

Orang tue² ade cakap, "Banana cannot fruit two times". entah orang tue mane yang cakap. So, kitorang dah plan baik punye strategi untuk kalahkan diorang. ngeh ngeh.. Game untuk Quaterfinal dikira best of 3. kalau menang game tu 2x dikira menang la. Dan keputusan yang sukar dijangka.... Kitorang menang 2 game straight ! haha.. macam tak pecaye plak dapat kalahkan top player.. ape ingat team gua ni chicken² ke bhai ?! secare tak langsung team gua layak ke Quaterfinal kedua ! Yeehaaa ! Game yang seterusnye ni baru dapat rase rehat. gap 1jam kot.. so, sempat la nak beli makanan ke, nak pusing² carik gadis ke. whateverlah~

Sejam berlalu.. Nama Team Banting Polytechnic dipanggil lagi. Kali ni kitorang dipertemukan dengan satu lagi top rangking team bernama Vendicated. Dengar cite team ni kuat gak. Satu team cina yang gua tak tau asal dari mana. Ape yang gua tau, ade sorang amoy kiut dalam team tu. hehe.. Game 1 dan 2 kitorang seri.. so sangat mengharapkan 1 game je lg untuk menang.

Game pusingan ke-3 diteruskan. Entah macamane boleh tersilap skill, habis team gua kene sapu... 4 lawan 2 dah tak boleh buat ape bro. Terpakse main defend. Last² team kitorang kalah.. Satu langkah perjalanan ke semi final berhenti disini.. Mungkin takde rezeki.. haizzz~

Misi untuk ke semi final GAGAL :(



Photoshoot yang sempat di snap:

Ready for 10 Second Warning
Dari kiri: Black, Macha, Apex, Alyps (gua yg paling bergaya kn?)




Hide behind tample
Lan - Staff Poli




Steady je macha jalan.. -__-"




Blanka - The Killer Snake

Lain² gambar korang bole usha kat [sini]


Walaupun kitorang kalah, tak bermakne kalah selame²nye. Bagi gua, kitorang Menang dalam Kekalahan sebab misi pertama coach kitorang untuk masuk ke Quaterfinal dah tercapai. Kalau tak silap, Banting Polytechnic dalam rangking ke-6. Satu prestasi yang boleh dibanggekan utk player yg baru berjinak² dalam dunia Paintball. Thanks to Abang Iwan yang telah banyak bagi support kat kitorang. Thanks to Politeknik Banting kerana sanggup habis duit utk sponser kitorang and Special Thanks utk korang sume yang sudi bace sampai berbuih mulut.. kehkeh :)

Welcome to My World !

Assalamualaikum.. 
Salam sejahtera.. Salam 1MALAYSIA.. 
Salam tangan ibu dan ayah.. Salam semua~

...بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Selamat datang dan Terima kasih kerana sudi singgah blog gua. Blog ini dihasilkan semasa gua menyertai kursus Pembinaan Laman Web (Blog) di Kolej Komuniti Kuala Langat. Cuma nak tambah sedikit ilmu mengenai blogspot ni.

Rajin-rajinlah berkunjung ke blog gua yang tak seberapa ni. Jika ada sebarang komen, cadangan mahupun gosip bolehlah korang tinggalkan diruang yang telah disediakan kat bawah nuuuuunnn..

Ekceli gua tak tahu nak cerita apa. Hanya pengenalan nak bagitahu yang gua join kursus Blogspot ja. ok chalobetey~